Pada tarikh 02 Februari 2012 , satu Program Jalinan Kasih Penghuni sempena Tahun Baru Cina telah diadakan di Dataran Mini Kenyalang, Penjara Miri, Sarawak. Program ini dikendalikan oleh Unit Pemulihan dan Rawatan penjara ini dengan melibatkan seramai 10 orang penghuni yang terpilih bersama ahli keluarga masing-masing. Program bermula pada jam 0930 pagi dan dimulakan dengan persembahan khas tarian singa daripada Wushu Association of Miri Dragon & Lion Troupe. Upacara perasmian program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penjara Miri iaitu TPP Azmi bin Mahat. Melalui program ini diharapkan dapat merapatkan lagi hubungan penghuni dengan ahli keluarga agar mereka tidak merasa tersisih lebih-lebih lagi apabila tiba musim perayaan.
|