Pada 07 Februari 2012 bersamaan 14 Rabiuawal 1433 H, Unit Program Pembangunan Insan (PPI) Penjara Pokok Sena telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena bagi tahun 2012, yang diadakan di padang bola sepak penghuni bermula pada jam 9.45 sehingga 11.30 pagi.
Majlis ini telah di sempurnakan oleh Penolong Kanan Komisioner Penjara, Tuan Hj Zawari Bin Abd Rashid, Pengarah Penjara Pokok Sena, Kedah . Aturcara majlis ini di mulakan dengan Perarakan Maulidur Rasul Oleh penghuni Penjara, bacaan doa, bacaan ayat suci Al -Quran, persembahan nasyid oleh penghuni serta Ceramah Maulidur Rasul oleh Yang Berbahagia Ustaz Radzi Bin Ishak, Pegawai Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman .
|