Pada tanggal 12 Januari 2012, Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang telah menerima satu lawatan rasmi dari Iranian judges on The Rule of Law, Human Rights and Criminal Justice in Iran. Lawatan tersebut turut disertai PKK Kausalya Devi , Ketua Seksyen Parol, Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan pegawai-pegawai kanan dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Sesi lawatan telah diisi dengan melihat perjalanan Program Pembangunan Insan mencakupi kelas Pendidikan dan Bimbingan, Therapeutic Community, Halaqah, dan bengkel-bengkel kemahiran.
|