| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Dari Kastam Diraja Malaysia Johor - Institut Integriti Malaysia Ke Penjara Kajang

4 Januari 2012- Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang telah menerima lawatan dari Kastam Diraja Malaysia negeri Johor. Tujuan lawatan ini adalah sebagai pendedahan kepada kakitangan awam tentang sistem kepenjaraan di Malaysia yang telah dianjurkan oleh pihak Institut Integriti Malaysia. Sesi lawatan telah  diisi dengan melihat perjalanan Program Pembangunan Insan di Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang. Kemudian taklimat berkaitan Jabatan Penjara Malaysia telah dilakukan di Bilik Mesyuarat, Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang.



Sesi lawatan diakhiri dengan ucapan penghargaan oleh wakil Kastam Diraja Malaysia negeri Johor kepada Pihak Jabatan Penjara Malaysia yang telah memberi informasi dan maklumat yang amat berguna sepanjang lawatan tersebut. Semoga dengan lawatan sebegini dapat mengeratkan lagi jalinan kerja dan ukhwah diantara Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia.