Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah (RPD) dan Penjara Kajang berbesar hati kerana telah menerima lawatan bagi Latihan Pelaksanaan Program Pemulihan dan Rawatan Banduan bagi Kakitangan Institusi Zon Sabah dan Sarawak pada 8 Februari 2012. Sesi lawatan telah dimulakan dengan melihat perjalanan dan pendedahan asas berkaitan Program Pembangunan Insan mencakupi kelas Pendidikan dan Bimbingan, Therapeutic Community, Halaqah, dan bengkel-bengkel kemahiran.
|