| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Methadon (MMT) Dan Program HAART & ARV Penjara Reman Pulau Pinang

Pada 8 Februari 2012 bertempat di Dewan Besar, Penjara Reman Pulau Pinag telah mengadakan 1 program kerjasama dengan pihak Kesihatan Negeri Pulau Pinang mengenai kesedaran penggunaan dadah gantian Methadon  ( MMT ) dan Program HAART & ARV  ke atas penghuni Penjara Reman Pulau Pinang. Ceramah ini telah di sampaikan oleh Pegawai yang bertauliah dan berpengalaman dari Kementerian Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Program ini telah di sertai seramai 80 orang penghuni Penjara Reman Pulau Pinang dan di harap dengan adanya program seperti ini akan memperluaskan penggunaan dadah gantian Methadon  ( MMT ) dan Program HAART & ARV ini di seluruh penjara Malaysia seperti yang telah di gariskan oleh pihak Ibu Pejabat Penjara Malaysia.