9 Februari 2012 bersamaan 16 RabiulAwal 1433H bertempat di Masjid Jabatan Penjara, Kajang telah diadakan majlis ceramah bersempena Maulidur Rasul S.A.W 1433H. Majlis ini telah dihadiri oleh Y.Bhg Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, KPj Hj. Abd. Wahab Bin Hj. Kassim, Pengarah Penjara Kajang, kakitangan penjara serta penduduk setempat sekitar Sg.Jelok. Majlis tersebut bermula selepas solat maghrib berjemaah didahului dengan selawat beramai-ramai serta persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar KAFA Penjara Kajang. Majlis diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Y.Bhg Datuk Abu Hasan Din Al-hafiz yang bertajuk "Maulidur Rasul Membawa Cahaya Kebenaran". Majlis di akhiri dengan solat isyak berjemaah dan makan malam.
|