Kuala Terengganu, 12 Februari 2012 Parol Negeri Terengganu berbesar hati atas kesudian Yang berbahagia Komisioner Jeneral Penjara Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar serta isteri berkunjung ke Pejabat Parol Negeri Terengganu sempena Kejohanan Sepak Takraw Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2012. Sebelum itu, Yg. Berbahagia Datuk Wira membuat lawatan ke tempat kerja Orang DiParol serta melawat Rumah Perantaraan Negeri Terengganu yang terletak di Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Turut bersama beliau ialah Yang Berbahagia Komisioner Penjara Dato Al Zafry Muhamad Al Nasif bin Muhamad Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan, Yang Setia Penolong Kanan Komisioner Muhamad Zuki bin Muhamad serta Pengarah-Pengarah Zon Timur.
|