Pada 11 Februari 2012, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Y.Bhg Tan Sri Mahmood bin Adam telah sudi mengadakan Lawatan Kerja ke Penjara Simpang Renggam. Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk meninjau projek perumahan kakitangan di Penjara Simpang Renggam.
Turut bersama dalam lawatan kerja tersebut ialah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Dato' Wahab bin Mohd Yasin, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Y. Bhg Dato' Hj Hassan bin Sakimon dan 2 pegawai kanan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Sesi taklimat disampaikan oleh Pengarah Penjara Simpang Rengam, Johor, TKPj Ab Basir bin Mohamed.
Lawatan tamat pada jam 2.30 petang, Y. Bhg Tan Sri Mahmood bin Adam dan rombongan amat berpuashati dengan hasil lawatan dan mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan Penjara Simpang, Johor.
|