24 Februari 2012, Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011 Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Selatan telah diadakan di Dewan Serbaguna, Penjara Simpang Renggam, Johor.
Penjara Simpang Renggam telah dilantik untuk mengelolakan Majlis tersebut yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN YBhg Dato' Wahab bin Mohd Yasin. Turut hadir pada majlis tersebut ialah KJP YBhg Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan KPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme TKPj Nordin bin Mohamad, Pengerusi Pengelola Majlis iaitu TKPj Ab Basir bin Mohamed, Pengarah Penjara dan Parol Zon Selatan.
Majlis bermula jam 9.00 pagi yang melibatkan 186 orang penerima APC pelbagai pangkat iaitu daripada Penjara Simpang Rengam (45 orang), Penjara Sungai Udang (23 orang ), Penjara Kluang (46 orang), Penjara Reman Johor Bahru (21 orang), PPA Muar (11 orang) Penjara Pra Bebas Dusun Dato Murad (9 orang), Sekolah Henry Gurney Telok Mas(23 orang) , Parol Negeri Johor (4 orang), Parol Negeri Melaka (2 orang) dan Institut Koreksional Malaysia (2 orang).
|