Kuching, Sarawak, 1-3 Mac 2012, telah diadakan pemilihan anggota Trup Tindakan Cepat Zon Sarawak. Panel pemilihan telah dilaksanakan oleh KIP Yusli bin Yusop (Ketua Trup Tindakan Cepat Malaysia), KIP Philip anak Pangkat (Bahagian Pembangunan Profesionalisme) dan 4 anggota Trup Tindakan Cepat Zon Sarawak. Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sarawak telah menggunakan PULAPOL, Kuching, Sarawak dan Kolam Renang Stampak sebagai tempat pemilihan anggota baru ini. Seramai 37 anggota yang mengikuti pemilihan tersebut dan hanya 26 anggota yang tamat melepasi ujian-ujian yang telah diberikan.
|