Pada 30 - 31 Mac 2012 satu Program Team Building KDN Bil. 7/2012 telah diadakan di Miri Sarawak bertempat di No.99, Villa Chin, Sungai Rait, Jalan Bakam. Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Pengarah Penjara Miri iaitu Penolong Komisioner Penjara Kamarul Alam bin Taib telah dilantik sebagai Ketua Koordinator bagi program ini.
Seramai 120 orang peserta ( 36 peserta wanita / 84 peserta lelaki ) menyertai program ini yang melibatkan 9 agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri di Sarawak iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, RELA, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Bahagian Kawalan Dan Penapisan Filem.
Kemuncak bagi program ini ialah Majlis Makan Malam yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Penjara Miri. Majlis ini dihadiri oleh Penolong Kanan Komisioner Penjara Abdul Kadir bin Rais dan Mejar Jeneral Kehormat ( RELA ) Chin Yuen Lee. Semasa majlis tersebut Penolong Kanan Komisioner Abdul Kadir bin Rais mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para peserta dan juga pihak koordinator kerana berjaya menjalankan program tersebut.
Majlis tersebut seterusnya disusuli dengan upacara penyampaian sijil kepada para peserta oleh Mejar Jeneral Kehormat ( RELA ) Chin Yuen Lee selepas jamuan makan malam di samping diserikan oleh persembahan dari kugiran Penjara Miri dan persembahan karaoke oleh peserta program disamping acara cabutan bertuah serta persembahan tarian poco-poco oleh peserta program.
|