Muar 2 April 2012, Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah menerima lawatan daripada pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Sesi lawatan tersebut bermula pukul 10.30 pagi, diiringi oleh TPP Zakaria bin Mat Jusoh. Pegawai-pegawai tersebut diberi penerangan ringkas berkenaan operasi PPA Muar sebelum dibawa masuk melawat ke dalam kawasan PPA Muar. Antara kawasan yang dilawati ailah Bengkel Dapur, Kelas, Surau, dan Bengkel Dobi. Pada masa yang sama juga wakil daripada SUHAKAM tersebut telah diberi peluang bertemu dengan beberapa orang tahanan muda. Selesai lawatan selesai sekitar jam 12.30 tengah hari.
|