Melaka, pada 02 hingga 05 April 2012 Penjara Pra Bebas, Dusun Dato Murad Melaka telah dipertanggungjawabkan menjadi Pengelola Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan di Pusat Ko Kurikulum Lancang Merlimau, Melaka. Perkhemahan ini telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Melaka Tuan Hj Mohamad Sapian Bin Siran. Seramai 197 Pelajar dari 4 buah sekolah iaitu SMK Seri Kota, SMK Ayer Keroh, SMK Kampung Gelam dan SMK Telok Mas. Manakala 25 Kakitangan Penjara dan 8 guru terlibat dalam perkhemahan tahunan tersebut. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan sepanjang 4 hari perkhemahan tersebut. Antaranya Abseling, pertandingan kawat kaki, pertandingan sentap, kerohanian, pertandingan kebudayaan dan pertandingan merentas desa.
|