| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Malam Mesra, Jabatan Penjara Malaysia, Tawau Bersama Konsulat Republik Indonesia, Tawau

9 April 2012, bertempat di Hotel Promenade, Tawau telah diadakan Majlis Malam Mesra di antara Jabatan Penjara Malaysia, Sabah dan Konsulat Republik Indonesia, Tawau sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Konsulat Republik  Indonesia, Tawau  semasa lawatan sambil belajar rombongan Jabatan Penjara Malaysia, Sabah ke Lembaga Pemasyarakatan Klas IIA, Kaltim Tarakan Indonesia pada 12 – 15 Mac, 2012 yang lalu.



Majlis ini dihadiri oleh peserta rombongan lawatan sambil belajar ke Tarakan, Indonesia dan pegawai pengiring semasa lawatan daripada Konsulat Republik Indonesia, Tawau. Kehadiran  Pengarah Penjara Negeri Sabah PKK Suria B. Hj. Idris, selaku ketua rombongan lawatan sambil belajar ke Tarakan, Indonesia yang lalu telah memeriahkan lagi majis tersebut.  Semasa majlis tersebut hadirin berpeluang untuk berkenalan dengan Bp. Mohamad Soleh, Konsulat Republik Indonesia, Tawau yang baharu memegang jawatan tersebut sebulan yang lalu. Dalam majlis ini PKK Suria B. Hj. Idris menyeru agar hubungan baik ini berterusan dan berkekalan pada masa hadapan.