Pada 18 April 2012, Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang telah menerima lawatan dari University of Management and Technology Malaysia (UMTECH) yang mana bertujuan untuk member pendedahan kepada pelajar-pelajar pengajian tinggi mengenai sistem kepenjaraan di Malaysia. Sesi lawatan telah diisi dengan melihat perjalanan Program Pembangunan Insan mencakupi kelas Pendidikan dan Bimbingan, Therapeutic Community, Halaqah, dan bengkel-bengkel kemahiran. Seterusnya taklimat dan sesi soal jawab telah dilakukan di Bilik Mesyuarat, Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang.
|