| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Rasmi Dari Majistret-Majistret Bagi Kursus Perintah Kehadiran Wajib Ke Penjara Kajang

Pada 20 April 2012, Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang telah menerima satu lawatan rasmi dari Majistret-majistret Kursus Perintah Kehadiran Wajib, Bahagian Dasar Perancangan Strategik dan Latihan Kehakiman, Kuala Lumpur. Lawatan tersebut turut disertai oleh PKK Tan Tian Heng Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti , Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Sesi lawatan telah  diisi dengan melihat perjalanan Program Pembangunan Insan mencakupi kelas Pendidikan dan Bimbingan, Therapeutic Community, Halaqah, dan bengkel-bengkel kemahiran.



Seterusnya taklimat dan sesi soal jawab telah dilakukan di Bilik Mesyuarat, Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang, yang telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Penjara Kajang PKP Adnan bin Atan. Sesi lawatan juga telah diisi dengan temubual diantara penghuni penjara dengan peserta –peserta kursus.



Sesi lawatan telah diakhiri dengan ucapan penghargaan oleh wakil majistret-majistret bagi kursus perintah kehadiran wajib kepada Pihak Jabatan Penjara Malaysia.