Pada 26 April 2012, Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang telah menerima lawatan dari staf dan jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Beranang, Selangor. Tujuan lawatan ini dilakukan adalah sebagai pendedahan kepada staf dan jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengenai sistem kepenjaraan di Malaysia di mana sesi lawatan telah diisi dengan melihat perjalanan Program Pembangunan Insan di Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang diikuti dengan taklimat berkaitan Jabatan Penjara Malaysia.
|