| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Ramah Mesra Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Shalimin Bin Haji Ahmad Shaffie Bersama Warga Penjara Taiping

Pada 29 April 2012, Penjara Taiping telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Pemimpin bersama warga Penjara Taiping. Majlis tersebut telah di adakan di Perkarangan tempat letak kereta Penjara Taiping. Majlis tersebut telah di hadiri oleh Y.Bhg Datuk Haji Ahmad Shalimin Bin Haji Ahmad Shaffie, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Negeri Perak. Turut hadir dalam majlis tersebut Y.Berhormat Dato' Tan Lian Hoe Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Y.Berhormat Dato' Mohammad Zahir Bin Dato Hj Abdul Khalid Exco Perak, Ketua-ketua Jabatan Daerah Taiping , Ketua - ketua Instisusi Penjara Negeri Perak, Ahli Lembaga Hakim Pelawat, Pegawai Parol Negeri Perak serta ahli keluarga kakitangan Penjara Taiping. Program tersebut telah berlangsung dalam suasana riang gembira.



Pengisian majlis dengan jamuan makan bersama pemimpin dengan semua lapisan kakitangan Penjara Taiping,penyampaian 40 unit basikal serta sumbangan saguhati sebanyak RM 100 setiap seorang kepada 20 orang anak-anak kakitangan  yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM. Aktiviti tersebut telah disumbang oleh Y.Bhg Datuk Haji Ahmad Shalimin Bin Haji Ahmad Shafie.