| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon Tengah Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2012

Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon Tengah Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2012. Konvensyen yang berlangsung pada 8 hingga 9 Mei 2012 ini telah diadakan di Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, Perak. Sebanyak 6 pasukan telah bertanding dalam Konvensyen KIK pada kali ini iaitu Kumpulan KINTA dari PPA Batu Gajah, PALM-PRI dari Penjara Tapah, EVOLUSI PERKASA dari Penjara Sungai Buloh, MY-Q dari Penjara Kajang, KREATIF dari Penjara Wanita Kajang dan MOMENTUM dari Maktab Penjara Malaysia.


Panel Juri yang telah dilantik bagi mengadili Konvensyen KIK Zon Tengah Tahun 2012 adalah terdiri daripada Dr. Hj Mohd Salleh bin Mat Jusoh( Pengarah Hospital Pasir Mas, Kelantan, KKM), Cik Eda Mariati binti Awang (Penolong Pengarah Transformasi Sektor Awam, MAMPU) dan Tuan Hj Ahmad Tazli bin Abdul Aziz (Pengurus Pemasaran, Lembaga Tabung Haji Negeri Perak). Keputusan konvensyen adalah sepertimana berikut :


KATEGORI PENGURUSAN:

Johan  - Kumpulan KINTA (PPA Batu Gajah)
Naib Johan - Kumpulan EVOLUSI PERKASA (Penjara Sungai Buloh)
Ketiga  - Kumpulan MY-Q (Penjara Kajang)


KATEGORI TEKNIKAL:

Johan  - Kumpulan MOMENTUM (Maktab Penjara Malaysia)
Naib Johan - Kumpulan PALM-PRI (Penjara Tapah)
Ketiga  - Kumpulan KREATIF (Penjara Wanita Kajang)


Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen KIK Zon Tengah 2012 telah disempurnakan oleh Y.S. KPj Hj Abd Wahab bin Kassim, Pengarah Penjara Kajang.