| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon Timur Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2012

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Timur berlangsung pada 7 hingga 8 Mei 2012 di New Pacific Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Sebanyak ( 6 ) pasukan telah bertanding dalam Konvensyen pada kali ini iaitu:-


1. Kumpulan SMART ( Penjara Bentong )
2. Kumpulan KARISMA ( PPA Machang )
3. Kumpulan PRIMA BESTARI  ( Penjara Marang )
4. Kumpulan MERPATI ( Penjara Penor )
5. Kumpulan CERANA ( Penjara Pengkalan Chepa )
6. Kumpulan MERPATI ( Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan )


Panel Juri yang telah dilantik bagi mengadili Konvensyen KIK Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2012 Peringkat Zon Timur adalah terdiri daripada Tuan Hj. Razali bin Jaafar, Pegawai Farmasi Kanan, Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu dan Encik Husaini bin Ab. Razab, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Pemikiran dan Kefahaman, UiTM, Kelantan.


Keputusan konvensyen adalah sepertimana berikut :


Kategori Pengurusan:


Johan   - Kumpulan PRIMA BESTARI  ( Penjara Marang )
Naib  - Kumpulan CERANA ( Penjara Pengkalan Chepa )
Ketiga   - Kumpulan MERPATI ( Penjara Penor )


Kategori Teknikal:


Johan  - Kumpulan MERPATI ( Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan )
Naib  - Kumpulan SMART ( Penjara Bentong )
Ketiga   - Kumpulan KARISMA ( PPA Machang )


Fasilitator Terbaik


KIP Mohd. Noor b. Abdullah - Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan


Persembahan Terbaik


Kumpulan SMART – Penjara Bentong


Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen KIK Zon Timur Tahun 2012 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj. Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan & Koreksional).