| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Sabah

11 April 2012,bertempat di Ming Hotel, Kota Kinabalu Sabah, telah berlangsungnya Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Sabah. Konvensyen anjuran Penjara Wanita Kota Kinabalu ini telah disertai oleh 7 pasukan  terdiri dari :


i.   Kumpulan KRISMA - Penjara Wanita Kota Kinabalu
ii.  Kumpulan ETIKA - Ibu Pejabat Penjara Sabah
iii. Kumpulan KRIS BAYU - Parol Negeri Sabah
iv. Kumpulan OPTIMIS - Penjara Tawau
v.  Kumpulan KRISTAL - Sekolah Henry Gurney Keningau
vi. Kumpulan GEMILANG  - Penjara Sandakan
vii.Kumpulan BLUE OCEAN  - Penjara Pusat Kota Kinabalu Sabah


Ketua Pengarah Penjara, Ybhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar di iringi oleh Ybhg. Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan, telah meluangkan masa untuk menyempurnakan  Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen tersebut.



Dalam kategori Pengurusan, Kumpulan ETIKA dari Ibu Pejabat Penjara Sabah yang membawa tajuk "Proses Pendaftaran Fail Yang Kurang Efisien" telah dinobatkan sebagai juara. Tempat kedua telah disandang oleh Kumpulan KRISMA dari Penjara Wanita Kota Kinabalu dengan tajuk persembahan "Tatacara Penggunaan BPP.36 Melalui Kaedah Manual Kurang Efisien" manakala tempat ketiga jatuh kepada Kumpulan KRIS BAYU  dari Parol Sabah dengan membawa tajuk "Ketidakpatuhan Menepati Peratusan Seliaan Dan Intervensi ODP".



Juara bagi Kategori Teknikal pula telah disandang oleh Kumpulan KRISTAL dari SHG Keningau dengan tajuk "Peningkatan Longgokan Sisa Buangan Dapur". Tempat kedua jatuh kepada Kumpulan BLUE OCEAN dari Penjara Pusat Kota Kinabalu Sabah dengan tajuk "Kelemahan Sistem Terhadap Pengurusan Latihan" manakala Kumpulan OPTIMIS dari Penjara Tawau yang membawa tajuk "Penggunaan Alat Pemeriksaan Kenderaan Berkemera Di Pintu Utama Penjara Tawau Kurang Efisien" mendapat tempat ke tiga.
Dalam konvensyen itu juga, IP Rabuan bin Lokman dari Kumpulan OPTIMIS (Penjara Tawau) telah dinobatkan sebagai Fasilitator Terbaik sementara WP Dzul Izan bin Sabri juga dari Kumpulan OPTIMIS sebagai Penyampai Terbaik.