| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesej Dari Penjara Peringkat Negeri Pahang

Pada 12 Mei 2012 (Sabtu), Menteri Besar Pahang YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob telah sudi merasmikan Program Masej Dari Penjara peringkat negeri Pahang pada jam 11.00 pagi. Ketibaan YAB Menteri Besar disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, YBhg. TKJP Dato' Hj Hassan bin Sakimon; Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malysia, YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye;  Pengarah Penjara Bentong,  TKPj Abdul Aziz bin Abdul Razak dan pegawai-pegawai kanan kerajaan serta dif-dif kehormat.


Majlis diserikan dengan persembahan sketsa bertema 'Masih Ada Sinar', ceramah oleh Pengarah Perol Negeri Sembilan dan Forum yang di pengerusi oleh Hakim Lembaga Pelawat Penjara Negeri Pahang. Program Masej Dari Penjara Peringkat Negeri Pahang berlangsung selama tiga hari bermula 11 - 13 Mei 2012 bertempat di Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang. Majlis ini anjuran bersama Jabatan Penjara Malaysia dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) manakala penaung oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.