| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Santai Dakwah Penjara Seremban

Program Santai Dakwah anjuran Unit Agama Penjara Seremban telah berlangsung pada 24 Mei 2012 bertempat di Surau Al-Ikhlas (Surau penghuni).


Objektif program menjurus kepada pendedahan tentang kesedaran dalam menyuburkan akidah dan bahaya ancaman murtad masa kini. Seramai 10 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada Pegawai Agama Islam Daerah Seremban, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas, Pegawai Angkatan Skuad Mubaligh Islam Malaysia, Pegawai Baitulmal MAINS.Program ini turut disertai seramai 20 kakitangan dan 80 penghuni Halaqah Penjara Seremban.