23 Mei 2012 Institusi Penjara Tawau, Sabah menerima lawatan kerja Y. Bhg. TKJP Dato' Hj. Hassan bin Hj. Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Lawatan kerja ini turut disertai bersama oleh TKPj Nordin b. Muhamad, Pengarah Pembangunan Profesionalisme, TKPj Khushairi bin Manap, Ketua Seksyen Inteligen Ibu Pejabat Penjara Malaysia, En. Ahmad bin Mat Zin, Pengarah Kewangan serta Pegawai-Pegawai Kanan IPPM. Rombongan disambut oleh PKK Suria bin Hj. Idris Pengarah Penjara Sabah dan PKP Sazali bin Ismail Pengarah Penjara Tawau. Dalam lawatan kerja tersebut, Y.Bhg Dato' Hj Hassan bin Hj Sakimon telah melawat blok-blok penghuni, dapur dan juga bengkel-bengkel pertukangan. Seterusnya Y. Bhg Dato mengambil kesempatan untuk bertemu pada satu majlis dialog yang diadakan dengan semua kakitangan Penjara Tawau.
|