24 Mei 2012, Penjara Sungai Udang Melaka telah menerima kunjungan beberapa kumpulan deligasi luar Negara yang hadir bersempena dengan Seminar 2nd Prisons & Correctional Facilities Asia 2012 . KPj Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen telah mengetuai rombongan tersebut diiringi bersama oleh TKPj Nordin bin Muhamad, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme dan TKPj Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Peserta mendengar taklimat jabatan dan seterusnya dibawa melawat sekitar kawasan penjara.
|