| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Integriti Dan Sekolah Henry Gurney Kali Ke-4 Tahun 2012 Dan Sambutan Hari Guru Peringkat Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2012

Pada 22 Mei hingga 25 Mei 2012, Penjara Kluang telah mengadakan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Integriti Dan Sekolah Henry Gurney Kali Ke-4 Tahun 2012 dan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Jabatan Penjara Malaysia.
Kejohanan sukan ini disertai oleh 6 buah sekolah integriti iaitu Sekolah Integriti Kluang,  Sekolah Integriti Kajang, Sekolah Integriti Sg Petani, Sekolah Integriti Marang, Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka dan Sekolah Integriti Muar. Buat pertama kalinya kejohanan sukan ini disertai oleh Sekolah Integriti Muar.



Johan keseluruhan dan olahragawan terbaik sempena kejohanan sukan ini dimenangi oleh Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Upacara perasmian pembukaan dirasmikan oleh PKK Mat Rasid Bin Jahlil Pengarah Penjara Kluang dan perasmian penutupan dirasmikan oleh TKPj Hj Darussalam Bin Hj Budin Ketua Seksyen Pemulihan Dan Rawatan.



Manakala sambutan hari guru diadakan pada 23 Mei 2012, majlis ini dirasmikan oleh KPj Jamaluddin Bin Saad Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan. Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Tn Hj Jalaluddin Bin Othman Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Tema hari guru pada tahun ini ialah "Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Negara".