| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Aktiviti Art Theraphy Penghuni Penjara Seberang Perai Pulau Pinang Dengan Kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, Seberang Jaya

Pada 30 Mei - 4 Jun 2012, Penjara Seberang Perai dengan kerjasama  Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, Seberang Jaya telah menganjurkan  Program Art Theraphy kepada penghuni Penjara Seberang Perai. Pendekatan pemulihan secara interaktif ini memberi ruang kepada penghuni membuat ilustrasi melalui bacaan buku dan selanjutnya diterjemahkan ke dalam bentuk lukisan yang secara langsung  membuka minda penghuni secara psikologi ke arah perubahan kendiri.



Selain itu Penjara Seberang Perai telah mendapat kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, Seberang Jaya melalui Kaedah Pinjaman Buku Berkelompok kepada penghuni dalam tempoh 3 bulan sekali.