Kuching, 18 Jun 2012, Isnin, Y.S KPj Tuan Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) telah membuat lawatan kerja di Bumi Kenyalang selama (2) hari. Dalam lawatan kerja tersebut Y.S TKP (Pengurusan) bersama PKK Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah membuat kunjung hormat ke rumah kediaman Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Sarawak di Sri Impian, Kampung Temenggung, Matang dan menyampaikan jemputan bagi merasmikan Kompleks Penjara Puncak Borneo Kuching pada 5 Julai 2012 (Khamis). Selesai sahaja kunjungan tersebut, Y.S TKP (Pengurusan) membuat lawatan tapak perasmian di Kompleks Penjara Puncak Borneo Kuching bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak.
|