Pada 15 jun 2012,. Majlis sambutan Israk & Mikraj peringkat institusi telah diadakan bersama ahli Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (EXPOAM) bertempat di Surau Institut Koreksional Malaysia. Majlis ini telah dihadiri oleh PP Mohd Rothman bin Bujang, Komandan Institut Koreksional Malaysia, mantan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Ibrahim bin Hj. Muhammad, Presiden Expoam Tuan Hj. Md Nor bin Tan Sri Murad, kakitangan IKOM dan ahli persatuan bekas pegawai penjara Malaysia. Majlis bermula dengan bacaan yasin dan tahlil pada jam 6.30 petang. Sesi ceramah bermula selepas solat Maghrib. Majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan makan malam.
|