Pada 17 Jun 2012, Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-12 Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (EXPOAM) telah diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Institut Koreksional Malaysia. Seramai 150 orang perwakilan pesara dari seluruh Malaysia hadir bagi menyertai mesyuarat agung tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Presiden EXPOAM Tuan Hj. Md Nor bin Tan Sri Murad. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yg. Bhg Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara, turut hadir Y. Berusaha PP Mohd Rothman bin Bujang, Komandan Ikom, pengarah-pengarah bahagian IPPM, pengarah-pengarah institusi penjara Melaka, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan IKOM. Majlis telah diakhiri dengan jamuan makan tengahari.
|