26 Jun 2012 Penjara Pusat Kota Kinabalu menjadi tumpuan 200 penghuni menyaksikan acara kemuncak Pertandingan Sugandoi (Nyanyian suku kaum Sabah) melibatkan tujuh penghuni yang terdiri dikalangan suku kaum Kadazan, Murut dan Dusun untuk mempamerkan persembahan dan kelunakan suara mereka. Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Francis T.N Yap, Setiausaha Kehormat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Cawangan Sabah. Majlis turut diceriakan lagi dengan kehadiran PKP Abdul Halim Bin Ma-Hasan,Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu serta wakil daripada Prisons Fellowship, RTM, wartawan dan juga pelajar Praktikum UMS. Program ini telah melibatkan 7 Zon Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu yang turut mempertandingkan acara bola sepak dan sukaneka sebelum kemuncak program ini dilaksanakan.
|