| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pengurusan Jenazah Pusat Pemulihan Akhlak Muar

Pada 18 Jun 2012, Pusat pemulihan Akhlak Muar telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran Bersama dengan Pejabat Agama Daerah Muar. Seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada lelaki dan perempuan terlibat di dalam kursus ini iaitu kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, kakitangan Jabatan Agama Daerah Muar, Persatuan Belia Daerah Muar dan kakitangan Mahkamah Daerah Muar .Ianya telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar iaitu PKP Wan Umar Bin W. Abdullah. Kursus ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir  sekitar jam 1.00 tengahari. Objektif kursus  adalah untuk  memberi ilmu pengetahuan kepada para peserta dengan tatacara pengurusan jenazah dengan sempurna mengikut hukum-hukum syarak disamping meningkatkan hubungan silaturahim antara kakitangan jabatan yang terlibat.