| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesej Dari Penjara Dan Perhimpunan Sukrelawan Koreksional Peringkat Negeri Johor

30 Jun 2012 (Sabtu), Majlis Perasmian Mesej Dari Penjara dan Perhimpunan Sukarelawan Koreksional Peringkat Negeri Johor,  dirasmikan oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar bertempat di Dewan Serbaguna Penjara / PPA Simpang Renggam.  Ketibaan YBhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli disambut oleh  Pengarah Penjara / PPA Simpang Renggam, YS TKPj. Ab. Basir bin Mohamad,  Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM), YBhg. KPj. Jamaludin bin Saad, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), YBhg. Datuk Kamarudin bin Md Ali, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta dif-dif kehormat.


Majlis diserikan dengan ceramah oleh Penganalisis Jenayah dari MCPF, En. Kamal Affendi b. Hashim, ceramah oleh bekas Tahanan PPA, yang telah berjaya dalam kariernya.  Satu penerangan berkaitan Sukarelawan Koreksional disampaikan oleh pegawai dari IPPM bertujuan menarik minat peserta. Majlis diakhiri dengan forum yang dihadiri oleh pelajar-pelajar IPTA, pelajar-pelajar dari sekolah menengah berhampiran, Sukarelawan Koreksional Negeri Johor, Ketua-ketua Masyarakat, Anggota RELA, NGO's, Ketua-ketua jabatan serta wakil-wakil agensi kerajaan berhampiran. Majlis ini anjuran bersama Jabatan Penjara Malaysia dan MCPF.