| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Hari Ibu dan Hari Bapa Bagi Peringkat Penghuni Penjara Tawau

03hb Julai 2012 (Selasa) telah berlangsung program Jalinan Kasih Hari Ibu dan Hari Bapa Bagi Peringkat Penghuni Penjara Tawau. Seramai 7 orang penghuni (5 banduan dan 2 banduanita) yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dipilih untuk program tersebut. Program tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Penjara Tawau PKP Sazali bin Ismail, Ketua Bahagian Pemulihan dan Rawatan Penjara Tawau TPP. Mohd. Redzualan Yunus serta pegawai-pegawai dari Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Tawau.


Seramai 36 orang ahli keluarga banduan telah hadir bersama-sama untuk menjayakan program tersebut. Program tersebut telah diserikan dengan bacaan sajak bertemakan hari ibu dan hari bapa yang dideklamasikan sendiri oleh banduan, selain itu tetamu juga didendangkan dengan persembahan nasyid dan marhaban yang disampaikan oleh kumpulan nasyid 'Soutul Imthiaz' yang pernah menjadi Johan Pertandingan Nasyid Penghuni Peringkat Kebangsaan.