Selasa 03 Julai 2012,Unit Pemulihan PPA Muar telah mengadakan satu taklimat berkenaan program 'methadone' untuk tahanan muda dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Muar. Seramai 29 orang tahanan telah terlibat dalam taklimat tersebut dan antara objektif program ini diadakan adalah untuk menerangkan kelebihan menggunakan rawatan methadone serta kesan daripada pengambilan 'methadone' yang dapat membantu memulihkan tahap ketagihan terhadap dadah jenis heroin atau morfin.Ceramah disampaikan oleh Dr.Hanisah Bt. Arshad (Pejabat Kesihatan Muar).
|