| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sehari Bersama Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan

Pada 4 Julai 2012 Unit Kebajikan  Pusat Pemulihan Machang Kelantan telah menganjurkan Program Sehari Bersama Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan. Program ini diatur bertujuan memberi pengetahuan tentang kepentingan Kad Pengenalan Diri  dan juga penggunaan Kad Pengenalan Baru. Ceramah  tentang kepentingan Kad Pengenalan Diri    telah disampaikan oleh En Kamaruzzaman bin Hj Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran  Negeri Kelantan  kepada seramai 35 orang kakitangan dan juga 48 orang tahanan yang terlibat. Dengan adanya program ini, kira-kira seramai  48 Orang Tahanan yang tidak mempunyai Kad Pengenalan telah diberi peluang untuk mendapatkan Kad Pengenalan Baru secara percuma. Program berkenaan telah dirasmikan oleh Wakil Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang  iaitu Timbalan Pengarah PP Zulkifli bin Abdul Manah. Program berakhir dengan majlis penyampaian cenderahati kepada Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Kelantan pada jam 4.30 petang.