| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Kompleks Penjara Puncak Borneo Kuching

Jabatan Penjara Malaysia amat berbesar hati di atas kesudian Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bersama Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah hadir bagi menyempurnakan perasmian Kompleks Penjara Puncak Borneo, Kuching pada 5 Julai 2012. Tetamu kenamaan yang hadir ialah YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak bersama isteri, YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama isteri,  Y.Bhg. KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia bersama isteri, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia, Pegawai-Pegawai dari KDN serta Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri peringkat Negeri Sarawak. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran kakitangan jabatan-jabatan di Negeri Sarawak, Ketua-Ketua Kaum dan penduduk di Bahagian Kuching, anggota kadet koreksional, ahli Persatuan Bekas Pegawai Penjara dan lain-lain lagi. Lafaz perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan seterusnya bersama tetamu kenamaan yang lain telah melawat ke dalam Penjara Puncak Borneo.