| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Bola Sepak Piala Tan Sri Murad Ahmad Kali Ke-29 Di Bumi Kenyalang

Kuching, 21 hingga 24 Jun 2012, Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sarawak telah diberi mandat oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia untuk mengelolakan Kejohanan Bola Sepak Piala Tan Sri Murad Ahmad kali ke-29 di Bandaraya Kuching, Sarawak. Kejohanan tersebut telahpun berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta Padang C dan D di Stadium Negeri Sarawak yang melibatkan 21 pasukan diseluruh penjara Malaysia. 


Satu majlis makan malam telah diadakan di Dewan Undangan Negeri Sarawak (lama) yang dihadiri oleh Y.Bhg. KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Abd Kadir bin Rais dan mantan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, YBhg. Dato Haji Abang Talhata bin Haji Abang Hazmi. Di dalam majlis makan malam tersebut, Y.Bhg KJP Datuk Wira Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah menyampaikan anugerah kepada bekas-bekas pemain bola sepak Penjara Negeri Sarawak yang telah mengharumkan nama jabatan, negeri mahupun di peringkat kebangsaan.


Majlis penutupan kejohanan dilaksanakan oleh Y.Bhg Datuk Wira Ketua Pengarah Penjara Malaysia diiringi Pengarah Penjara Negeri Sarawak di Stadium Bola Sepak, UNIMAS. Keputusan kejohanan tempat ketiga bersama pasukan dari Selangor B (Penjara Sungai Buloh) dan Pahang B (Penjara Bentong), kedua Selangor A (Penjara Kajang) dan Johan dari Penjara Negeri Sabah. Menerima anugerah kasut emas En. Erwan Rafes bin Sazali (Kedah A), pemain terbaik En. Redzuan bin Abdul Halim (Negeri Sabah) dan Fair Play dari Sekolah Henry Gurney, Melaka.