13 Julai 2012 (Jumaat) - Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah diberi kepercayaan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Futsal Jabatan Penjara Malaysia kali ke-4 tahun 2012. Kejohanan tersebut telah berlangsung di KB Futsal Arena, Kota Bharu selama 3 hari bermula pada 13 Julai hingga 15 Julai 2012. Kejohanan futsal pada tahun ini telah disertai oleh 17 pasukan dari seluruh penjara Malaysia. Upacara pembukaan kejohanan futsal telah dirasmikan oleh Y. Brs. PKK Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang selaku pengerusi pengelola kejohanan futsal kali ke-4 pada tahun ini. Sebelum kejohanan dimulakan, Y. Brs PKK Muhammad Zuki bin Muhammad Zain telah diperkenalkan kepada kontinjen-kontinjen. Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutupan kejohanan futsal telah diadakan pada 15 Julai 2012 di Pacific Ballroom, Hotel New Pacific, Kota Bharu. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.S KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan. Bagi kategori penjaring gol terbanyak, telah disandang oleh pemain jersi no. 8 saudara Mohd Zahiruddin bin Remali dari pasukan Terengganu. Pemain terbaik kejohanan futsal pada tahun ini telah disandang oleh pemain jersi no. 12 iaitu saudara Azwafi bin Hassan juga dari pasukan Terengganu. Bagi kategori acara berpasukan, tempat ketiga bersama telah dimenangi oleh Pasukan Perak 'A' dan Kelantan 'B' yang membawa pulang medal dan wang tunai RM 700.00. Naib johan pula dimenangi oleh pasukan Selangor 'B' yang membawa pulang medal, piala iringan dan wang tunai RM 800.00. Manakala Johan bagi kejohanan futsal Jabatan Penjara Malaysia kali ke-4 tahun 2012 telah dimenangi oleh pasukan dari Terengganu yang membawa pulang medal, piala iringan, piala pusingan dan wang tunai RM 1000.00. |