Pada 09 Julai 2012 (Isnin), Pengarah Perikanan Negeri Sembilan Wan Muhammad Azwan bin Abdullah dan Pegawai Perikanan Daerah Encik Zakaria bin Salleh telah mengadakan lawatan rasmi ke Penjara Jelebu. Lawatan ini adalah atas jemputan rasmi Pengarah Penjara Jelebu PKP Anathurai a/l Kalimuthu. Tujuan lawatan ini adalah bagi menjalinkan kerjasama dalam menjayakan projek berskala besar ikan air tawar. Selain daripada itu, ianya juga dapat membantu institusi ini dari segi khidmat nasihat dan pemantauan teknikal dalam bidang perikanan air tawar.
|