Rantau, Negeri Sembilan, Penjara Seremban dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah diamanahkan untuk menjadi pengelola bersama bagi Perkhemahan Tahunan Kadet Koreksional Kali Ke-4 Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2012. Perkhemahan ini telah diadakan di Rantau Agro Park, Negeri Sembilan pada 9 Julai hingga 14 Julai 2012. Perkhemahan ini telah disertai oleh 12 kontinjen diseluruh Malaysia yang terdiri daripada 428 orang peserta. Juara keseluruhan Perkhemahan Tahunan Kadet Koreksional Kali Ke-4 dalam semua acara yang dipertandingkan telah dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor.
|