| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Bapa Bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Pada 3 Julai 2012 yang lepas, Penjara Kajang telah mengadakan sambutan hari bapa bersama Timbalan Menteri  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Senator Datuk Heng Seai Kie di Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah Penjara Kajang. Bertemakan 'Kasih Bapa Membawa Sejahtera', sambutan kali ini telah diisi dengan pelbagai persembahan oleh penghuni seperti persembahan pentomen, deklemasi sajak, dikir barat dan nasyid dengan menggunakan tema bapa sebagai plot persembahan yang mana ianya telah membuatkan para hadirin terhibur.


Selain itu, YB Senator Datuk Heng Seai Kie telah diirngi oleh Timbalan Pengarah Kajang, PKP Adnan bin Atan bagi merasmikan sambutan hari bapa dimana gimik pemotongan kek telah dilakukan sebagai tanda perasmian sambutan ini. Semoga hubungan yang terjalin diantara Jabatan Penjara Penjara Malaysia dengan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat akan lebih kukuh dimasa mendatang.