| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Mesej Dari Penjara Peringkat Negeri Kedah

10 Julai 2012 (Selasa), Majlis perasmian Program Mesej Dari Penjara peringkat negeri Kedah telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah , YBhg. Datuk Hj Azmi
Bin Lateh . Ketibaan Y' Bhg, Datuk telah disambut oleh Penolong Kanan Komisioner Penjara, Nik Mohamad Faidza Bin Nik Jaafar, mewakili Komisioner Jeneral Penjara dan Penolong Kanan Komisioner Penjara ,Hj Zawari Bin Abd Rashid, Pengarah Penjara Pokok Sena. Sebelum majlis perasmian, satu ceramah motivasi telah disampaikan oleh Y' Bhg Dr Abdullah Bin Muda, Timbalan Pengarah Yayasan Agama  Islam Pulau Pinang kepada tetamu-tetamu jemputan yang hadir, pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) , pelajar-pelajar dari beberapa buah Sekolah Menengah daripada sekitar Alor Setar dan Pokok Sena. Di antara pengisian aktiviti pada majlis tersebut ialah Sumbangan daripada Lions Club kepada bekas penghuni yang berjaya, dan ucapan wakil penghuni.


Program Mesej Dari Penjara Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung di Dewan Kelab Sukan Penjara Pokok Sena. Majlis anjuran bersama Jabatan Penjara Malaysia dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Kedah ini turut dihadiri oleh Ketua-ketua Institusi Penjara Zon Utara, Ketua-ketua Jabatan  negeri kedah ,Pegawai-pegawai daripada daerah Pokok Sena, Ahli lembaga Hakin Pelawat , wakil-wakil media dan wakil daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia negeri Kedah.