| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penghuni Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka Sertai Program Khidmat Masyarakat

18hb Julai 2012, Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat selama dua (2) hari.  Seramai 34 orang Penghuni Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah melibatkan diri membantu warga emas dalam membersihkan kawasan dalam dan halaman di Rumah Warga Emas di Taman Bukit Larang Indah serta Tanah Perkuburan Islam Kampung Telok Mas. Program ini di laksanakan dalam memenuhi skim komponen Anugerah Remaja Rakan Muda (ARPRM) melibatkan 30 penghuni lelaki dan 4 penghuni wanita.


Program diketuai oleh KIP Ali bin Ahmad  selaku koordinator ARPRM turut disertai oleh 12 orang kakitangan Sekolah Henry Gurney Melaka dan 6 orang pelajar praktikal terdiri daripada 4 orang pelajar Universiti Malaysia Sabah dan 2 orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu.
Pengarah Sekolah Henry Gurney Melaka PKP Jamil Razif bin Kassim turut serta bersama penghuni membuat kerja amal berharap program ini selain bertujuan mendapatkan Skim Anugerah Rakan Muda, ianya juga diharap dapat menghilangkan perasaan negatif masyarakat terhadap bekas-bekas penghuni SHG Melaka disamping dapat memupuk sifat bertanggungjawap dan semangat kesukarelaan penghuni terhadap masyarakat. Antara wakil Pegawai Jabatan kebajikan Negeri Melaka yang hadir ialah Puan Zakiah bte Haji Hassan dan En Muslim bin Abdullah.