Majlis Berbuka Puasa anjuran Penjara Sungai Udang, Melaka diadakan bertempat di Perkarangan Masjid Muhajirin Penjara Sungai Udang pada 26 Julai 2012. Seluruh warga institusi Penjara Sungai Udang amat berbesar hati di atas kehadiran Y.Bhg Komisioner Jeneral Penjara Datuk Wira Hj.Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang sudi meluangkan masa menerima undangan bagi bersama-sama Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Ketua-ketua institusi penjara zon selatan, Parol Negeri Melaka dan agensi lain serta penduduk setempat pada majlis tersebut. Majlis dimulakan pada jam 6.15 petang dengan tazkirah Ramadhan dan seterusnya Y.Bhg Komisioner Jeneral Penjara Datuk Wira Hj.Zulkifli bin Omar menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal, orang kelaianan upaya (OKU) dan anak-anak yatim Paya Sum Sungai udang, Melaka. Majlis tersebut diakhiri dengan solat sunat terawih.
|