| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Y. Bhg Dato' Wan Ali Bin Besar, TKSU KDN (Pendaftaran Dan Imigresen) & Y. Bhg KJP Datuk Wira Hj Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia Ke Penjara Marang

Penjara Marang amat berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Dato' Wan Ali bin Besar, TKSU KDN (Pendaftaran dan Imigresen) dan YBhg. KJP Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia sempena lawatan kerja dan Majlis Berbuka Puasa Zon Timur pada  28 Julai 2012. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YBhg. Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan, TKPj Supri bin Hashim, Ketua Seksyen Dasar Kepenjaraan, Pengarah-pengarah institusi penjara dan Parol zon timur, Pengarah-pengarah Negeri dan wakil  dari Agensi KDN Negeri Terengganu serta kakitangan zon timur. Pada sebelah pagi, YBhg. Dato' TKSU dan YBhg. KJP Datuk Wira Ketua Pengarah Penjara Malaysia melawat ke bengkel songket dan telah menarik perhatian YBhg Dato' TKSU kehalusan pembuatan Songket Nusantara, Songket Istana Serta Songket-Songket Tradisional Terengganu keluaran Penjara Marang. Pada sebelah petang pula berlangsungnya  sesi dialog dengan kakitangan zon timur serta menyaksikan perasmian kempen kibarkan jalur gemilang dengan simbolik penyerahan bendera kepada pengarah-pengarah institusi dan parol zon timur. Pada majlis berbuka puasa Y. Bhg Dato' TKSU KDN dan Y. Bhg KJP Datuk Wira Ketua Pengarah Penjara Malaysia turut menyampaikan sumbangan kepada Anak-anak Yatim Darul Falah Kuala Terengganu.