24 Julai 2012 - Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengelolakan Majlis Berbuka Puasa bersama YBhg TKPJ Dato' Hj Hassan bin Sakimon Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) bersama Pelajar berada di sekolah ini. Objektif program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar disini agar dapat sama-sama merasai nikmat berbuka bersama keluarga selain dapat mengeratkan tali silaturahim antara pelajar dan warga kerja Jabatan Penjara Malaysia serta Ahli-ahli Lembaga Pelawat , Guru-guru Halaqah(Majlis Agama Islam Melaka) dan badan NGO's (AL-Taqwa). Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Wira Latiff bin Tamby Chik, Adun kawasan Telok Mas merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Henry Gurney Melaka serta Pengarah-Pengarah Penjara Negeri Melaka.
|