Jumaat, 27 Julai 2012, Majlis Berbuka Puasa Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan di Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Kajang. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Y.Bhg Dato' Alwi bin Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan). Y.Bhg Dato' Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen), YBhg.Dato' Mohmed Asri bin Yusof, SUB Khidmat Pengurusan dan Aset, Yang Berhormat Datuk Hj Johan bin Abd Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Y.Bhg Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y.Bhg Dato Hj Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Y.S. Tuan Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan), Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara dan Ketua-Ketua Institusi Zon Tengah.
|