| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Tarawih Anjuran Badan Kebajikan Islam, Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak (IPPNS)

Kuching, 26 Julai 2012, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih anjuran Badan Kebajikan Islam, IPPNS telah diadakan di Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah PKK Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, kakitangan Penjara Puncak Borneo, Parol Negeri Sarawak, PULAPEN Wilayah Sarawak dan juga pasukan Kadet Koreksional, SMK Muara Tuang.


Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah Penjara Negeri Sarawak disusuli dengan penyampaian saguhati kepada kakitangan yang telah menamatkan bacaan Al-Quran (tadarus) disepanjang bulan Ramadhan ini. Selain daripada itu, Pengarah Penjara Negeri Sarawak turut menyampaikan sumbangan daripada JAKIM, Negeri Sarawak berupa Al-Quran dan Muqadam kepada semua kakitangan muslim IPPNS dan juga PULAPEN Wilayah Sarawak. Majlis diakhiri dengan solat Mahgrib, Isya dan Tarawih secara berjemaah bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak.